Monday, October 31, 2011
Friday, October 28, 2011
Jersi Pilihan Family Menjelang Euro 2012
Menjelang Euro 2012 di Poland & Ukraine, family telah memilih jersi pasukan Perancis.Simple dan kemas..Selaku juara kumpulan D kelayakan Euro 2012, diharapkan Benzema, Saha, Remy, Malouda, Nasri, Ribery, dan Cabaye dapat menjulang Perancis menjuarai Euro 2012 kali ini.
Wednesday, October 26, 2011
My Son Device...SCR V
Hampir 3 bulan memikirkan stroller yang sesuai untuk my first son, Amsyar Haziq...Akhirnya....SCR 5 menjadi pilihan yang terbaik dengan spesifikasi yang pelbagai serta rekabentuknya yang dinamik..walaupun harganya agak expensive, agak berbaloi kerana Amsyar Haziq tidak pernah jemu bila dibawa bersiar-siar dengan SCR5.
Tuesday, October 18, 2011
ISO?
Secara Standardnya ia dikenali dengan ISO 5800:1987 dari International Organization for Standardization (ISO) yang menetapkan skala linear dan skala logaritmik untuk mengukur kecepatan film. Skala linear ISO dikenal dengan ASA. Dahulunya ketika zaman menggunakan filem "ASA" lebih digunakan berbanding ISO. ISO pula pada asalnya adalah IOS tetapi sehingga sekarang ianya telah berubah menjadi ISO.
Apa itu ISO?
ISO perlu difahami bagi mendapatkan gambar yang menarik dan ianya merupakan perkara paling asas serta bersangkutan dengan sensor kamera. ISO adalah seberapa sensitif filem atau digital kamera pada cahaya. Pada zaman digital ini, ISO amat mudah dilaras dan diubah. Boleh di ubah serendah ISO 50 atau setinggi ISO 102,400 bergantung pada kamera.Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'shutter speed' yang diperlukan.
Contoh Perbezaan antara ISO tinggi & ISO rendah
Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan 'shutter speed' yang laju. ISO yang laju adalah seperti ISO 800, 1600. Manakala ISO yang perlahan seperti ISO 100 atau ISO 200. Sebab utama untuk menggunakan ISO yang perlahan adalah untuk menggurangkan noise atau 'grain'(Penetapan ISO yang laju bisanya lebih 'grain’, berbanding dengan ISO yang perlahan.
Dalam cahaya yang rendah, pendedahan yang betul memerlukan penggunaan kelajuan shutter panjang, keupayaan merakam (ISO sensitiviti), atau kedua-duanya. Pada kebanyakan kamera, kelajuan shutter yang lebih lama membawa kepada “salt-and-pepper noise” kerana kebocoran arus pada fotodiod. Pada kos dua kali ganda varians membaca “noise” (41% peningkatan dalam sisihan “noise” bacaan standard). Banding Noise serupa dengan Shadow Noise. Ianya boleh dihilangkan dengan mencerahkan bahagian bayang-bayang atau mengubah “color-balance”.
Saiz sensor imej, atau kawasan yang mencerap cahaya per pixel adalah penentu terbesar tahap isyarat yang menentukan nisbah “signal-to-noise ratio” dan dengan itu menentukan tahap noise yang jelas. Dengan mengandaikan kawasan bukaan adalah berkadar dengan kawasan sensor, atau bahawa keterangan “f-number” atau “focal-plane” adalah sekata. Oleh itu lebih besar sensor biasanya menghasilkan noise pada imej yang lebih rendah daripada sensor yang lebih kecil.
Sebagai contoh, tahap Noise yang dihasilkan oleh sensor “Four Thirds” di ISO 800 adalah kira-kira bersamaan dengan yang dihasilkan oleh sensor Full Frame (dengan kira-kira empat kali kawasan itu) iaitu pada ISO 3200, dan yang dihasilkan oleh 1/2.5 "sensor kamera kompak (dengan kira-kira 1/8 kawasan) pada ISO 100. Keupayaan untuk menghasilkan imej yang boleh diterima pada sensitiviti yang lebih tinggi merupakan faktor utama yang memacu penggunaan kamera DSLR, yang cenderung untuk menggunakan sensor yang lebih besar daripada kompak. Satu contoh menunjukkan sensor DSLR di ISO400 mewujudkan Noise yang kurang daripada sensor mata-dan-menembak pada ISO 100
Selain itu, suhu juga boleh mempunyai kesan ke atas jumlah Noise yang dihasilkan oleh sensor ime. Dengan ini kita boleh anggap bahawa DSLR akan menghasilkan Noise yang lebih pada suhu panas berbanding waktu sejuk.
Penentuan untuk menggunakan ISO yang betul juga adalah penting untuk menjaga jangka hayat Sensor pada kamera..Penggunaan ISO yang salah boleh menyebabkan Sensor terbakar dan akan menyebabkan kelihatan bintik hitam yang tidak boleh di elakkan pada setiap gambar yang dihasilkan..untuk membaiki keadaan ini sensor terpaksa ditukar dan ini sudah tentunya memerlukan kos yang besar.
Nota : Jangan sekali-sekali menggunakan long-exposure-capture dengan kadar ISO yang tinggi di tempat-tempat yang mempunyai cahaya laser yang banyak bagi mengelakkan sensor terkena laser..
Mari kita bincangkan.. :)
Source : wikipedia
Monday, October 17, 2011
Apakah yang dimaksudkan dengan Aperture?
Aperture jika dari segi makna dalam bahasa inggeris mempunyai beberapa makna iaitu :f-number, focal ratio, f-ratio, relative aperture.Aperture lebih difahami adalah bilangan yang menunjukkan korelasipanjang fokus kanta terhadap tingkap. Sebagai contoh, kanta dengan panjang fokus 100mm, pada pengaturan bukaan 4 (nilai tingkap f/4), mempunyai erti bahwa diafragma pada kanta tersebut sedang terbuka dengan diameter 25mm. Biasanya dilambangkan dengan huruf f. Nilai bukaan umumnya merupakan urutan 1, 1.2, 1.4, 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, dan seterusnya.
Pengaruh bukaan aperture
Semakin besar angka bukaan, berarti semakin kecil diameter lubang diafragma di bagian dalam lensa. Besarnya diameter terbukanya diafragma akan membuat cahaya yang masuk menjadi lebih banyak, sehingga pajanan cahaya bertambah dan akibatnya tingkat keterangan foto bertambah, demikian pula sebaliknya. Pengaruh lain dari bukaan adalah terjadinya perbedaan ruang ketajaman. Angka bukaan yang kecil (besar ??)menyebabkan ruang ketajaman berkurang. Sebaliknya angka bukaan yang kecil akan menyebabkan ruang ketajaman bertambah. Untuk lebih difahami angka bukaan pada f16 misalnya jika diletakkan pada tripod kamera anda dibiarkan shutter speed selama lebih kurang 2 minit akan mengakibatkan cahaya yang masuk lebih teliti dan biasanya gambar ini akan lebih tajam (sharp). Dan untuk angka bukaan pada f1.8 memerlukan shutter speed yang pantas untuk mendapatkan gambar yang terang tetapi kualiti ketajaman akan berkurangan..
Pada gambar yang ketiga jika shutter speed lebih perlahan dengan kadar aperture f4 itu akan membuatkan gambar lebih cerah dan tajam..ini bermakna jika bilangan aperture semakin meningkat seperti 8-10-16 makan untuk mendapatkan gambar yang cerah shutter speednya juga harus lebih perlahan untuk menerima cahaya yang secukupnya.
Penukaran dari f/4 ke f/5.6 atau f/5.6 ke f/8, akan mengakibatkan cahaya yang masuk ke kamera (1/2) dari cahaya aperture' yg sebelumnya. Pertukaran ini adalah dari saiz aperture yg besar ke saiz aperture yg kecil.
Kesimpulan ringkas
- Nombor aperture yang lebih kecil iaitu f1.2 atau f1.8 adalah lebih terang dan menghasilkan Depth of Feild yang lebih tinggi pada kelajuan shutter yang pantas manakala nombor aperture yang besar seperti f8 atau f11 juga boleh mendapatkan gambar yang terang pada kelajuan shutter speed yang lebih perlahan dan gambar ini juga menghasilkan Depth of Feild yang rendah serta lebih tajam.
- Aperture yang kecil amat penting dikawasan yang mempunyai kadar cahaya yang limit seperti dewan atau pada hari yang mendung kerana memudahkan untuk mendapatkan gambar yang terang kerana mempunyai bukaan blade yang lebih besar.
Saturday, October 15, 2011
Friday, October 14, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)