-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin -Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Thursday, December 23, 2010
Untuk apa anda membayar jurugambar?
Tuesday, December 14, 2010
Tips Fotografi Perkahwinan
Staged posed juga mempunyai peminat yang besar hari ini. Konsep lebih santai, keanak-anakkan dan riang jadi pilihan ramai pengantin yang ingin kelainan.
Apabila menyebut foto perkahwinan melayu, ramai yang menyangka ianya terhad kepada pose dipelamin saja. Zaman kini telah berubah dan teknik-teknik fotografi juga kini lebih berkembang dan teknologinya juga semakin memudahkan kerja-kerja jurufoto.
Sebagai penyedia perkhidmatan, jurufoto perkahwinan juga perlu berubah untuk mendapatkan keunikan dan berada didalam golongan “in-demand”. Sekiranya kita masih menghadkan produktiviti kita kepada posing-posing klasik dipelamin saja, kita tidak akan dapat bayaran perkhidmatan yang lebih baik. Mahu atau tidak, skill jurufoto harus seiring dengan zaman. Pengantin-pengantin melayu juga sekarang lebih berpelajaran dan didedahkan dengan imej-imej yang lebih segar dan menarik berbanding foto klasik. Walaupun penting untuk kita mengekalkan skill dalam potret klasik, kita juga harus mengembangkan pengetahuan kita kepada teknik-teknik fotografi terkini, dan teknologi-teknologi yang boleh memudahkan kerja kita.
Jenis-jenis jurufoto perkahwinan
Terdapat beberapa konsep didalam fotografi perkahwinan melayu. Antara konsep yang klasik adalah konsep foto formal seperti pengantin di pelamin, makan beradap, group foto keluarga, jalan berarak dsb. Kebanyakan jurufoto masih mengekalkan konsep ini. Saya mengkategorikan jurufoto ini sebagai jurufoto perkahwinan klasik. Biasanya jurufoto ini mendapat bayaran serendah rm300 untuk sehari atau RM500 untuk 2 hari liputan majlis perkahwinan. Jurufoto yang lebih mahir dalam konsep ini, sekiranya benar-benar berpengalaman, boleh juga mendapatkan bayaran ribuan ringgit sekiranya telah terkenal dan hasilnya betul-betul baik.
Terdapat juga konsep jurufoto fotojurnalis. Dimana jurufoto merakam foto-foto yang mengenengahkan aksi dan ekpressi pada hari tersebut. Foto-foto seperti ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan jurufoto melihat dan merasai situasi sebenar hari tersebut. Rakaman ini selalunya bersifat candid iaitu subjek biasanya tidak sedar gambar beliau dirakam kerana begitu asyik dengan aktiviti beliau. Bagaimanapun, tugas jurufoto fotojournalis juga selalunya perlu merakam gambar-gambar yang “wajib” seperti jurufoto klasik. Fotojournalis perkahwinan boleh mendapat bayaran sehingga berpuluh ribu ringgit sekiranya amat terkenal dan mempunyai skill yang amat bagus.
Ada juga jurufoto yang bersifat khas dalam potret. Mereka hanya merakam potret subjek samada dilokasi-lokasi tertentu atau didalam studio.
Teknik penyuntingan memainkan peranan sekiranya anda mahu lebih variasi dalam karya anda.
Kemampuan merakam detik kenangan yang cuma datang sekali dengan ekpresi wajah penting bagi seorang fotojournalis.
Penghayatan jurufoto tidak semestinya terhad kepada apa yang biasa dilakukan, tetapi juga kepada potret-potret yang tidak tradisional
teknik potret kini tidak lagi terhad kepada di atas pelamin saja. Kepelbagaian kreativiti boleh menaikkan tahap kepuasan pelanggan dan jurufoto sendiri
Konsep potret yang lebih natural mempunyai lebih permintaan pada hari ini.
Maklumat penting perlu direkod supaya akan dapat diingati pada masa akan datang..
Kemesraan perlu menjadi faktor utama apabila mengambil potret pengantin
Serlahkan kejelitaan pengantin, pastikan anda memahami konsep potret sebelum mengambil tugas sebagai jurufoto
Detik-detik candid sebenar menyerlah sesuatu ekpresi dan kemesraan yang benar, bukan staged pose. Apabila merakam detik seperti ini, kecekapan mata dan kepantasan peralatan amat penting. Cropping yang sedikit tersasar boleh dimaafkan sekiranya kekuatan ekpressi melebihi persekitaran.
Staged posed juga mempunyai peminat yang besar hari ini. Konsep lebih santai, keanak-anakkan dan riang jadi pilihan ramai pengantin yang ingin kelaitan.
Imej oleh Adhadi mohd.
Saturday, December 11, 2010
Thursday, December 9, 2010
Tuesday, December 7, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)