Thursday, December 23, 2010

Untuk apa anda membayar jurugambar?

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin -Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda. </span>

Tuesday, December 14, 2010

Reception Rozilawati

Tips Border dalam framing

Framing menggunakan Dahan dan daun 
 
Warna sebagai framing

Tips Fotografi Perkahwinan

Staged posed juga mempunyai peminat yang besar hari ini. Konsep lebih santai, keanak-anakkan dan riang jadi pilihan ramai pengantin yang ingin kelainan.
Apabila menyebut foto perkahwinan melayu, ramai yang menyangka ianya terhad kepada pose dipelamin saja. Zaman kini telah berubah dan teknik-teknik fotografi juga kini lebih berkembang dan teknologinya juga semakin memudahkan kerja-kerja jurufoto.
Sebagai penyedia perkhidmatan, jurufoto perkahwinan juga perlu berubah untuk mendapatkan keunikan dan berada didalam golongan “in-demand”. Sekiranya kita masih menghadkan produktiviti kita kepada posing-posing klasik dipelamin saja, kita tidak akan dapat bayaran perkhidmatan yang lebih baik. Mahu atau tidak, skill jurufoto harus seiring dengan zaman. Pengantin-pengantin melayu juga sekarang lebih berpelajaran dan didedahkan dengan imej-imej yang lebih segar dan menarik berbanding foto klasik. Walaupun penting untuk kita mengekalkan skill dalam potret klasik, kita juga harus mengembangkan pengetahuan kita kepada teknik-teknik fotografi  terkini, dan teknologi-teknologi yang boleh memudahkan kerja kita.
Jenis-jenis jurufoto perkahwinan
Terdapat beberapa konsep didalam fotografi perkahwinan melayu.  Antara konsep yang klasik adalah konsep foto formal seperti pengantin di pelamin, makan beradap, group foto keluarga, jalan berarak dsb. Kebanyakan jurufoto masih mengekalkan konsep ini. Saya mengkategorikan jurufoto ini sebagai jurufoto perkahwinan klasik. Biasanya jurufoto ini mendapat bayaran serendah rm300 untuk sehari atau RM500 untuk 2 hari liputan majlis perkahwinan.  Jurufoto yang lebih mahir dalam konsep ini, sekiranya benar-benar berpengalaman, boleh juga mendapatkan bayaran ribuan ringgit sekiranya telah terkenal dan hasilnya betul-betul baik.
Terdapat juga konsep jurufoto fotojurnalis. Dimana jurufoto merakam foto-foto yang mengenengahkan aksi dan ekpressi pada hari tersebut.  Foto-foto seperti ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan jurufoto melihat dan merasai situasi sebenar hari tersebut. Rakaman ini selalunya bersifat candid iaitu subjek biasanya tidak sedar gambar beliau dirakam kerana begitu asyik dengan aktiviti beliau.  Bagaimanapun, tugas jurufoto fotojournalis juga selalunya perlu merakam gambar-gambar yang “wajib” seperti jurufoto klasik. Fotojournalis perkahwinan boleh mendapat bayaran sehingga berpuluh ribu ringgit sekiranya amat terkenal dan mempunyai skill yang amat bagus.
Ada juga jurufoto yang bersifat khas dalam potret. Mereka hanya merakam potret subjek samada dilokasi-lokasi tertentu atau didalam studio.

Teknik penyuntingan memainkan peranan sekiranya anda mahu lebih variasi dalam karya anda.
Kemampuan merakam detik kenangan yang cuma datang sekali dengan ekpresi wajah penting bagi seorang fotojournalis. 
Penghayatan jurufoto tidak semestinya terhad kepada apa yang biasa dilakukan, tetapi juga kepada potret-potret yang tidak tradisional
teknik potret kini tidak lagi terhad kepada di atas pelamin saja. Kepelbagaian kreativiti boleh menaikkan tahap kepuasan pelanggan dan jurufoto sendiri

Konsep potret yang lebih natural mempunyai lebih permintaan pada hari ini.
Maklumat penting perlu direkod supaya akan dapat diingati pada masa akan datang.. 
Kemesraan perlu menjadi faktor utama apabila mengambil potret pengantin 
Serlahkan kejelitaan pengantin, pastikan anda memahami konsep potret sebelum mengambil tugas sebagai jurufoto

Detik-detik candid sebenar menyerlah sesuatu ekpresi dan kemesraan yang benar, bukan staged pose. Apabila merakam detik seperti ini, kecekapan mata dan kepantasan peralatan amat penting. Cropping yang sedikit tersasar boleh dimaafkan sekiranya kekuatan ekpressi melebihi persekitaran.
Staged posed juga mempunyai peminat yang besar hari ini. Konsep lebih santai, keanak-anakkan dan riang jadi pilihan ramai pengantin yang ingin kelaitan.

Imej oleh Adhadi mohd.